Bursa Malaysia ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup tinggi menunjukkan keyakinan pelabur yang kekal teguh, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik.

Pada pukul 5 petang, Bursa Malaysia naik 14.43 mata kepada 1,710.99, berbanding 1,696.56 pada Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,703.16.

Jumlah dagangan sebanyak 2.81 bilion unit bernilai RM2.76 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 684 berbanding 425 dengan 455 kaunter tidak berubah dan 1,150 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 50.76 mata atau 0.094 peratus kepada 53,700.39 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, STI Singapura naik 1.17 peratus kepada 4,925.89 manakala indeks KOSPI Korea Selatan naik 90.63 mata atau 1.63 peratus kepada 5,640.48.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN