WCE jangka trafik melonjak lebih 200,000 kenderaan bermula Jumaat ini - Utusan Malaysia

WCE jangka trafik melonjak lebih 200,000 kenderaan bermula Jumaat ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebuhraya Persisiran Pantai Barat ( WCE) menjangkakan lonjakan trafik yang ketara dengan purata jumlah kenderaan harian melebihi 200,000 bermula Jumaat hingga 29 Mac ini.

Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE, Syed Mohammed Idid berkata, peningkatan tersebut mencerminkan permintaan perjalanan yang tinggi semasa hujung minggu panjang merentasi persimpangan yang telah siap.

“Unjuran ini berdasarkan corak perayaan terkini yang mana WCE mengawal aliran harian antara 160,000 hinga 170,000 buah kenderaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Pihak WCE kekal komited untuk memastikan perjalanan yang selamat dan cekap bagi semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Syed Mohammed, jangkaan lonjakan trafik tersebut mengecualikan Seksyen 3,4 dan 7 di Selangor yang dijadualkan dibuka dalam tahun ini.

Bagi menghadapi kesesakan pada waktu puncak yang dijangkakan berlaku dari petang hingga malam, pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal termasuk memulakan pemanduan pada awal pagi.

ADS:D

Pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi WCE untuk mendapatkan kemas kini trafik masa nyata serta paparan televisyen litar tertutup (CCTV) secara langsung.

“Pastikan kenderaan berada dalam keadaan layak jalan dengan memeriksa tayar, brek, lampu serta memastikan baki bayaran tol dan bekalan bahan api mencukupi.

“Jika berasa letih, pemandu dinasihatkan berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) WCE di Sungai Nyior, Perak atau Kapar, Selangor yang menyediakan kemudahan tandas dan surau yang selesa” katanya.

Orang ramai juga diingatkan agar mematuhi had kelajuan dan tidak menyalahgunakan lorong kecemasan yang hanya dikhaskan untuk kes kerosakan kenderaan.

“Mereka yang melakukan perjalanan bersama keluarga dinasihatkan membuat penyediaan awal seperti membekalkan makanan ringan, susu bayi serta ubat-ubatan jika perlu,” katanya.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol WCE 1700-81-6600 yang beroperasi 24 jam sehari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN