KUALA LUMPUR: Himpunan Perdana Nasional Malaysia Bangkit Untuk Gaza yang berlangsung hari ini menyaksikan penyertaan masyarakat berbilang bangsa termasuk Cina dan India yang berkumpul di sekitar Dataran Merdeka bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Wakil dari Projek Tahun Akhir Sky Group, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata himpunan ini mencerminkan solidariti dan keprihatinan yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin serta kekejaman yang berlaku di sana.
Kehadiran pelbagai kaum ini mencerminkan bahawa sokongan terhadap Palestin bukanlah berdasarkan agama semata-mata tetapi berteraskan nilai kemanusiaan.
Menarik perhatian, beberapa peserta turut mengangkat sepanduk dengan tulisan ‘Tolong buka sempadan’ dalam bahasa Cina sebagai simbol solidariti pelbagai kaum terhadap penindasan berterusan yang dihadapi rakyat Palestin. – UTUSAN










