Sasar lahir generasi berkemahiran tinggi menjelang 2030

Sasar lahir generasi berkemahiran tinggi menjelang 2030

MOHAMMAD Yusof Apdal (tiga dari kanan) melakukan gimik perasmian Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Pantai Timur di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Malaysia Techlympics yang memasuki tahun keempat penganjurannya sejak 2022 terus menjadi inisiatif utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar dan belia di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, program itu mencatatkan purata hampir 1.4 juta penyertaan setahun dengan 1.03 juta peserta pada 2022, 1.82 juta (2023) dan 1.31 juta (2024) sejak diperkenalkan. 

“Bermula Jun lalu, Malaysia Techlympics dilaksanakan secara hibrid di pelbagai lokasi di seluruh negara bagi memperluas capaian serta menggalakkan penyertaan komuniti setempat,” katanya ketika merasmikan Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Pantai Timur di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, di sini, hari ini.

Menurut beliau, program itu sejajar dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030 yang menekankan pembudayaan STI secara bersepadu, konsisten dan inklusif.

Katanya, matlamat utama Malaysia Techlympics adalah untuk membentuk budaya STI holistik melalui pembelajaran berasaskan pengalaman, aktiviti amali serta pertandingan interaktif merentasi pelbagai peringkat umur, jantina dan latar belakang.

“Malaysia Techlympics turut memberi penekanan kepada kemahiran masa depan seperti kecerdasan buatan (AI), pengaturcaraan, pengkomputeran awan, teknologi dron dan bidang digital lain bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu menyokong agenda Malaysia menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030,” katanya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN