PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa pengecualian Cukai Perkhidmatan ke atas penyewaan kapal dan pesawat udara tidak dibuat secara senyap-senyap. Sebaliknya, kementerian itu berkata, pemakluman rasmi telah dibuat melalui Dasar Cukai Perkhidmatan Bil. 2/2025 (Pindaan No. 1) yang dimuat naik di portal MySST Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 24 Julai lalu. Katanya, pengecualian ini diberikan kerana dua sebab utama iaitu mengelak pendaftaran di luar negara yang mana pengenaan cukai boleh…