Mohd. Khalid lawat anggota polis cedera ditikam

Mohd. Khalid lawat anggota polis cedera ditikam

MOHD. Khalid Ismail bergambar bersama wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! sempena Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Negara Bersama Media di Bukit Aman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini melawat anggota polis yang cedera akibat ditikam ketika menjalankan pemeriksaan di Pasar Pudu, Jalan Yew Pudu, semalam.

Menurut kenyataan Polis Kuala Lumpur, anggota terbabit, Koperal Mohd Nadzri Sudiman dari Balai Polis Pudu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

“Anggota berkenaan mengalami kecederaan di bahagian perut selepas ditikam ketika menjalankan tugas. Lawatan ini menunjukkan keprihatinan Ketua Polis Negara dalam memberikan sokongan moral kepada mangsa serta keluarganya, di samping memastikan kebajikan anggota terjaga,” katanya.

Turut serta dalam lawatan ialah Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad; Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah; dan Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Suffian Sulaiman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail turut hadir dalam lawatan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN