Marquez terus garang di Hungary

Marquez terus garang di Hungary

Marc Marquez meraikan kemenangan selepas perlumbaan MotoGP Hungary di litar Balaton Park di Balatonfokajar, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALATONFOKAJAR: Marc Marquez membuktikan kehebatannya apabila merangkul kemenangan ketujuh berturut-turut musim ini sekali gus mengukuhkan cengkaman menuju gelaran dunia ketujuh MotoGP.

Pelumba Ducati berusia 32 tahun itu mengatasi cabaran Pedro Acosta di tempat kedua dan Marco Bezzecchi di tempat ketiga dalam aksi penuh dramatik di litar yang kembali ke kalendar selepas 33 tahun.

Perjalanan Marquez tidak mudah selepas hampir terjatuh di selekoh kedua serta sempat jatuh ke kedudukan ketiga sebelum bangkit semula.

“Saya tidak menjangka dia memperlahankan motosikal begitu banyak dan saya tersentuh dengannya, mujurlah kami berdua masih dapat kekal di atas jentera. Ianya satu kelegaan besar.

“Sepuluh pusingan awal memang sengit tetapi selepas mendahului saya temui rentak, Aprilia semakin kompetitif tetapi jentera kami masih lebih unggul dan saya amat gembira,” kata Marquez.

Drama turut menghantui saingan apabila adiknya, Alex Marquez terjatuh pada pusingan pertama hingga menjejaskan peluang memburu gelaran.

Bagaimanapun, bintang Sepanyol itu kembali tenang untuk menewaskan Bezzecchi dalam permainan ‘kucing dan tikus’ sebelum mengawal perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Kemenangan ini menyaksikan Marquez kini mendahului saingan dengan kelebihan 175 mata berbaki lapan perlumbaan, satu rekod yang semakin menjarakkannya dengan pesaing lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN