Bunuh lima sekeluarga: Adik bongsu suspek tunjuk ke dalam rumah bila ditegur jiran

Bunuh lima sekeluarga: Adik bongsu suspek tunjuk ke dalam rumah bila ditegur jiran

SARIPAH JAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jiran paling dekat dengan rumah kes bunuh melibatkan lima sekeluarga di Taman Cerating Damai, di sini, terkejut mendapat tahu kejadian itu kerana tidak mendengar bunyi bising atau pertengkaran.

Saripah Jaya, 60, berkata, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan selepas melihat kehadiran kereta polis di kawasan kediamannya di Lorong 6 di taman berkenaan.

“Awal pagi tadi hujan lebat, jadi memang saya tidak dengar apa-apa. Kemudian dalam pukul 7.30 pagi saya nampak adik bongsu mereka duduk di luar rumah.

“Bila saya tegur, dia hanya menunjukkan isyarat tangan ke dalam rumahnya tanpa bercakap seperti dalam keadaan terkejut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Saripah berkata, ketika itu, dia tidak mengesyaki apa-apa dan masuk ke rumah semula namun hanya mengetahui kejadian sebenar selepas kehadiran polis.

Menurutnya, dia mengenali keluarga mangsa dengan rapat dan tidak menyangka kejadian yang berlaku kerana menyifatkan keluarga berkenaan tiada sebarang masalah.

“Malah anak lelakinya itu (suspek) juga sering bertegur sapa dengan jiran-jiran. Dua hari sebelum ini, dia ada menegur suami saya yang dipanggil ‘Abah’ dan bertanyakan khabar.

“Ibu mangsa juga sering bersenam di luar rumah setiap pagi dan kali terakhir saya berbual dengannya semalam ketika dia sedang bersenam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN