Malaysia, Singapura bekerjasama misi SAR kapal selam

Malaysia, Singapura bekerjasama misi SAR kapal selam

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) mengiringi Menteri Pertahanan Republik Singapura, Chan Chun Sing (kanan) melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormat Utama ketika mengadakan kunjungan hormat di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan menjalinkan kerjasama dengan Singapura dalam aspek penugasan mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan sebarang insiden kapal selam antara kedua-dua negara. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut diambil selepas menilai kedudukan antara dua negara yang berdekatan selain aset peralatan serta kepakaran yang dimiliki. 

Selain itu katanya, kerjasama itu terjalin atas semangat ASEAN dan setia kawan yang kuat antara Malaysia dan Singapura. 

“Kita percaya Kerjasama ini wajar kerana ia memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Seandainya berlaku bencana, sudah tentu kita perlukan peralatan dan kepakaran untuk melaksanakan misi SAR melibatkan kapal selam. 

“Kalau kita mahu dapatkan kerjamasa dengan negara lain, ia semestinya mengambil masa kerana kedudukan agak jauh. Jadi Singapura jiran paling dekat.

“Tambahan pula tidak banyak negara ASEAN yang mempunyai kapal selam. Sebab itu kita fikirkan kerjasama ini wajar,” katanya Ketika ditemui dalam majlis kunjungan hormat Menteri Pertahanan Singapura, Chan Shung Sing di Wisma Pertahanan hari ini.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN