MELAKA: Pengukuhan prosedur pemantauan dan pelaporan buli di sekolah menjadi antara penekanan kerajaan negeri dalam melaksanakan kempen antibuli di Melaka. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan kempen antibuli dalam kalangan guru dan pelajar sekolah bagi membendung gejala tersebut daripada terus menular. Katanya, penekanan turut melibatkan penerapan nilai-nilai murni serta pendidikan agama dan moral. “Kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan memperketatkan dan…