Lebih 200 bekas komando jalani temu duga AKPS

Lebih 200 bekas komando jalani temu duga AKPS

ADLY Zahari (dua dari kanan) bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh (tengah) menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan PPKI di SMK Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih 200 bekas komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjalani temu duga sebelum diserap ke dalam Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bermula Januari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah menghantar senarai yang layak kepada AKPS untuk dinilai sebelum memulakan tugas secara berperingkat mulai tahun depan.

Menurutnya, bekas komando dengan kepakaran masing-masing yang disenaraikan adalah daripada Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (Paskal), Pasukan Khas Udara (Paskau) dan Paratrooper (PARA).

Beliau berkata, penyertaan bekas komando ATM merupakan inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 melalui kaedah lantikan secara kontrak.

“Jumlah mereka yang akan dipilih belum dimuktamadkan lagi kerana keseluruhan proses, termasuk temu duga dan pengambilan dikendalikan sepenuhnya oleh AKPS. Di peringkat Kementerian Pertahanan melalui JHEV kita telah selaraskan anggota veteran terbaik yang akan menjalani sesi temu duga oleh pihak AKPS bermula Januari ini.

“Mereka perlu melalui pelbagai temu duga dan kursus sebelum hanya mereka yang layak akan diserap ke dalam AKPS,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil di sini, hari ini.

Adly berkata, tentera telah digerakkan membantu mangsa banjir di Pahang dan Johor, susulan gelombang kedua banjir yang kini melanda Pantai Timur.

“Kita ada kem di setiap negeri terbabit dan unit-unit khas kini sedang membantu tanpa perlu ada arahan baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN