SHAH ALAM: Kebebasan bersuara perlu secara berhemah dan bukannya wadah menyebarkan fitnah yang boleh memecah belah rakyat atau menjatuhkan maruah orang lain. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, semua pihak perlu merenung erti sebenar kemerdekaan yang diperjuangkan dengan keringat dan air mata bagi membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Titah baginda, kemerdekaan bukan sekadar simbolik merayakan sambutan hari merdeka, namun amanah besar yang perlu dipelihara dengan penuh rasa tanggungjawab, perpaduan…