KBS bakal tukar model Sukan Malaysia

KBS bakal tukar model Sukan Malaysia

HANNAH Yeoh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merancang untuk mewujudkan model Sukan Malaysia (Sukma) yang baharu dengan temasya itu tidak lagi dianjurkan mengikut sistem penggiliran negeri.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, model tersebut akan diperkenalkan selepas Kelantan menjadi tuan rumah terakhir kepada temasya dwitahunan itu pada 2028 berdasarkan sistem penggiliran bagi setiap negeri.

Katanya, model itu bakal diperkenalkan bertujuan mengelak penganjur untuk mempertandingkan sukan yang memberi kelebihan kepada mereka dalam pungutan pingat.

“Oleh sebab itu, setiap Sukma ada sukan yang digugurkan, ada sukan yang dipertandingkan. Jadi bermula selepas Kelantan, jawatankuasa sedang mempertimbangkan supaya Putrajaya ataupun MSN (Majlis Sukan Negara) menjadi penganjur dan tiada lagi penganjuran oleh negeri.

“Ia bertujuan supaya kita ada konsistensi semua sukan yang dipertandingkan. Jadi, bagi kami ruang untuk kaji, untuk pastikan kesinambungan itu wujud dan jaminan ataupun laluan untuk atlet, pembangunan atlet itu ada dengan konsisten,” katanya.

Hannah ditemui pemberita selepas majlis pecah tanah ibu pejabat baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Bukit Jalil. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, Kuala Lumpur (KL) Sports City bakal menjadi lengkap dengan adanya ibu pejabat baharu MOM yang dijangka siap pada 2028 dengan kos pembinaan RM93 juta.

“Kita sudah ada klinik wanita pertama untuk atlet, taska kanak-kanak untuk atlet wanita dan jurulatih. Kemudian, SAM (Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia) dan dengan adanya Rumah Olimpik saya kira persatuan sukan mempunyai tapak untuk bersama dengan warga sukan di sini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN