PETALING JAYA: Khutbah Jumaat bertajuk “Bangkit Membela, Teguh Bersaudara” hari ini mengingatkan umat Islam mengenai kewajipan untuk bersatu memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi rejim Zionis Israel. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, khutbah itu turut menekankan keperluan umat Islam memanfaatkan segala saluran termasuk media, ekonomi, diplomasi dan politik dalam menentang kezaliman yang berlaku. “Selain itu, khatib juga mengingatkan bahawa budaya buli adalah satu bentuk kezaliman yang ditegah…