Grimsby cipta kejutan singkir United

Grimsby cipta kejutan singkir United

PEMAIN Grimsby Town meraikan kemenangan selepas sepakan penalti Bryan Mbeumo mengenai palang gol-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GRIMSBY, England: Kelab divisyen keempat, Grimsby Town mencipta sejarah sensasi apabila menyingkirkan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United dalam aksi pusingan kedua Piala Liga selepas mencatat kemenangan 12-11 menerusi penentuan sepakan penalti, awal pagi tadi.

Aksi penuh dramatik di Blundell Park itu menyaksikan tuan rumah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Charles Vernam dan bekas pemain akademi United, Tyrell Warren.

United yang bergelut dalam hujan lebat akhirnya bangkit apabila pemain baharu, Bryan Mbeumo menjaringkan gol sulungnya buat kelab itu sebelum Harry Maguire menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-89 untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Detik mendebarkan itu berlarutan selama 18 minit apabila kedua-dua pasukan menyempurnakan sepakan masing-masing, sebelum Matheus Cunha gagal menghadiahkan kemenangan buat United apabila sepakannya diselamatkan.

Akhirnya, nasib memihak kepada Grimsby apabila sepakan Mbeumo terkena palang, sekali gus menghadiahkan kemenangan bersejarah buat kelab kecil itu dan mencetuskan suasana kecoh di kalangan penyokong tuan rumah.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN