Giliran Swiatek tersingkir daripada Terbuka Kanada

Giliran Swiatek tersingkir daripada Terbuka Kanada

IGA SWIATEK - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Juara Wimbledon, Iga Swiatek menjadi pemain pilihan terbaru tersingkir daripada Terbuka Kanada apabila tewas mengejut 7-6 (7/1), 6-3 kepada pemain Denmark ranking ke-19, Clara Tauson dalam pusingan keempat kejohanan.

Swiatek berada di ranking ketiga dunia dan pilihan kedua di Montreal mengikuti jejak langkah pilihan utama, Coco Gauff, juara bertahan dua kali yang merupakan pilihan ketiga, Jessica Pegula dan pilihan keempat, Mirra Andreeva yang sudah pun tersingkir lebih awal.

Pilihan kelima dari Amerika Syarikat (AS), Amanda Anisimova turut kecundang dengan kekalahan straight set kepada Elina Svitolina.

Tauson membalas dendam atas kekalahannya kepada Swiatek dalam pusingan keempat di Wimbledon dan menyifatkan kemenangan keduanya ke atas pemain ranking lima teratas sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Sudah tentu ia sangat hebat dan membuktikan segala usaha keras yang saya lakukan adalah langkah yang betul.

“Saya semakin yakin beraksi di tahap ini dan mula rasa saya layak berada di sini. Saya rasa itu sangat membantu saya hari ini ketika mata-mata penting,” kata Tauson.

Tauson mara ke suku akhir menentang juara Terbuka Australia, Madison Keys yang menyelamatkan dua mata perlawanan sebelum menang 4-6, 6-3, 7-5 ke atas pemain Republik Czech, Karolina Muchova. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN