Bos Ferrari yakin Hamilton bangkit semula

Bos Ferrari yakin Hamilton bangkit semula

LEWIS HAMILTON - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Lewis Hamilton mendapat sokongan daripada bos Ferrari, Fred Vasseur hanya beberapa jam selepas pelumba Britain itu kelihatan murung susulan pemanduan hambar yang menyaksikannya tamat di tempat ke-12 dalam Grand Prix (GP) Hungary semalam.

Rakan sepasukannya, Charles Leclerc pula gagal menukar petak utama pertama Ferrari musim ini kepada kemenangan disebabkan masalah mekanikal yang tidak dijelaskan semasa perlumbaan.

Juara dunia tujuh kali, Hamilton bergelut untuk keluar daripada kelompok pertengahan dan menamatkan perlumbaan di tempat yang sama seperti dia bermula.

Hamilton, 40, cakap-cakap mengenai persaraannya segera mula kedengaran.

Namun, Vasseur pantas mempertahankan Hamilton yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang kerap meluahkan emosi secara spontan.

“Saya tak perlu memotivasikannya. Sejujurnya, dia kecewa tapi bukan hilang semangat.

“Dia seorang yang sangat menuntut tapi saya rasa itulah sebabnya dia juara dunia tujuh kali. Saya sangat faham situasi ini.

“Kadang-kadang orang terlalu fokus pada komen pemandu semasa dalam kereta tapi jika kita letakkan mikrofon pada atlet lain seperti pemain bola sepak dan sebagainya, saya tak pasti mereka akan kedengaran lebih baik.

“Kadang-kadang, sejurus selepas perlumbaan atau sesi kelayakan, perasaan kecewa itu memang mendalam dan reaksi pertama memang keras. Saya faham rasa kecewa itu tapi kami semua juga kecewa,” kata Vasseur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN