TAIPING: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak peduli kecaman terhadapnya kerana adalah lebih penting untuk membantu rakyat dan membasmi rasuah. Malah, Perdana Menteri hari ini hadir menyempurnakan Karnival Usahawan Tenusu Madani di Pondok Tanjung di sini, dalam Parlimen Larut iaitu kawasan dimenangi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Katanya, beliau hadir untuk memainkan peranan menyokong perusahaan tempatan serta membantu rakyat, meskipun di kawasan pembangkang. “Kita tahu susah liku-liku kita…