Ikhtiar damai cerminan kematangan rakyat - PM

Ikhtiar damai cerminan kematangan rakyat – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha perdamaian yang digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili komuniti Islam dan Hindu merupakan manifestasi kematangan rakyat menangani isu sensitif secara harmoni.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan damai tersebut mencerminkan kebijaksanaan masyarakat dalam memilih jalan penyelesaian yang menolak perpecahan serta mengutamakan semangat saling menghormati antara kaum.

Menurutnya, inisiatif berkenaan menggambarkan nilai sebenar Malaysia sebagai sebuah negara yang berdiri atas asas ihsan, kebersamaan dan toleransi dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa.

“Inilah roh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anwar, kebersamaan ini mesti diteruskan dan dipelihara serta dirangkul sebagai asas kekuatan negara.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu memastikan usaha perdamaian tersebut berjalan lancar.

“Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional,” katanya.

Semalam, beberapa NGO Islam serta India dan Hindu di negara ini mengadakan pertemuan dan sesi dialog bagi mencari persamaan dalam menyelesaikan segala masalah yang berbangkit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN