Acara babitkan tentera laut jadi ASEAN tumpuan di Padang Kota Lama

Acara babitkan tentera laut jadi ASEAN tumpuan di Padang Kota Lama

RAMLI Ngah Talib (dua dari kiri) ketika memeriksa barisan ASEAN Navies City Parade di Padang Kota Lama, Pulau Pinang hari ini. - GAMBAR/BULETIN MUTIARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Ribuan orang ramai membanjiri Padang Kota Lama di sini sejak awal pagi hari ini bagi menyaksikan perbarisan kapal laut negara ASEAN yang diadakan di negeri ini.

Acara itu merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan bagi pengisian Eksesais Tentera laut Multilateral ASEAN (AMNEX) ketiga yang berlangsung selama tujuh hari.

ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bot tempur laju milik pasukan tentera laut di Padang Kota Lama, Pulau Pinang hari ini.

Selain AMNEX, dua lagi acara penting yang melibatkan tentera laut dari negara ASEAN ialah Mesyuarat Panglima Tentera Laut Negara ASEAN (ANCM) Ke-19 serta ASEAN Fleet REview (AFR) yang akan berlangsung di beberapa lokasi sekitar George Town dan Batu Feringgi.

Terdahulu, acara tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib yang berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat untuk acara perbarisan berkenaan.

Difahamkan, 10 kapal tentera laut ASEAN termasuk tiga dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta masing-masing satu dari Brunei, Filipina, Indonesia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam tiba di Swettenham Pier Cruise Terminal sejak kelmarin.

PASUKAN tentera laut dari Indonesia yang mengambil bahagian pada acara perbarisan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang hari ini.

Selain berpeluang melihat demonstrasi serta lintas hormat aset maritim membabitkan bot tempur laju dan helikopter, persembahan pancaragam dan kawat senyap daripada pasukan tentera laut, orang ramai yang hadir juga berpeluang melihat pameran berkaitan aset ketenteraan berkenaan.

Pada masa yang sama, mereka turut dihiburkan dengan beberapa persembahan kebudayaan tempatan khususnya dari Pulau Pinang seperti tarian etnik utama dan peranakan, chingay dan boria. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN