PETALING JAYA: Lima pengamal perubatan berkelulusan Ijazah Fellowship Pembedahan Kardiotorasik daripada Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSeD) berjaya didaftarkan di bawah Daftar Pakar Majlis Perubatan Malaysia (MMC), selaras dengan Seksyen 14C Akta Perubatan 1971 [Akta 50]. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pendaftaran ini pencapaian besar dalam menyelesaikan kemelut lama berkaitan pengiktirafan latihan kepakaran Laluan Parallel serta kelulusan antarabangsa dalam bidang kritikal seperti Pembedahan Kardiotorasik. “Pindaan terhadap…