Tragedi Putra Heights: PGB jamin keselamatan gas

Tragedi Putra Heights: PGB jamin keselamatan gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Gas Berhad (PGB) memberi jaminan terhadap keselamatan awam dan kestabilan bekalan gas negara susulan hasil siasatan rasmi mengenai insiden paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.

PGB dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan dapatan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan insiden saluran tersebut semalam.

Katanya, PGB menegaskan semula komitmen berterusan kami terhadap ketelusan sepenuhnya, penambahbaikan berterusan, keprihatinan terhadap mereka yang terjejas serta meneruskan kerjasama dengan Pasukan Petugas Khas dan pihak berkuasa berkaitan. 

“Sejak insiden tersebut, PGB telah menggerakkan usaha yang besar bagi memastikan keselamatan awam, menyokong komuniti yang terkesan dan mengekalkan kesinambungan bekalan gas di seluruh negara.

“Insiden ini adalah yang pertama seumpamanya dalam sejarah sistem penghantaran gas kami, dan kami sepenuhnya mengiktiraf kebimbangan orang ramai berhubung keselamatan sistem saluran paip, terutamanya berkaitan kesinambungan aliran gas melalui rangkaian tersebut.

“Sistem Penyaluran Gas Semenanjung (PGU) direka dengan pelbagai lapisan keselamatan dan daya ketahanan, yang disokong oleh lebih tiga dekad pengalaman kejuruteraan dan operasi. Sistem dan kakitangan kami sentiasa berusaha untuk memastikan penghantaran gas yang selamat dan boleh dipercayai kepada kediaman, industri, dan sektor tenaga negara,” katanya.

Semalam, siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, tiada sebarang elemen sabotaj atau ke­cuaian yang menyebabkan letupan paip gas di Putra Heights, tiga bulan lalu. 

Menteri Besar, Datuk Ami­rudin Shari berkata, siasatan oleh pasukan teknikal mendapati, sejak saluran paip gas itu ditauliahkan pada 2000, te­lah berlaku mendapan ta­nah sebanyak 24.3 sentime­ter (cm) dalam tempoh 25 tahun.

Beliau berkata, kesan men­­­dapan tanah tersebut me­nyebabkan berlakunya per­gerakan kepada paip gas sebanyak 15.9cm, dan ia dibuktikan dalam persam­pelan paip yang menunjukkan tanda-tanda tekanan dan fatigue dalam struktur paip. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN