Tarif: Rundingan dengan Trump masih berjalan

Tarif: Rundingan dengan Trump masih berjalan

ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) masih diteruskan walaupun Presiden Donald Trump telah mengumumkan tarif import 25 peratus ke atas Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dimaklumkan beliau kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dalam pertemuan kedua-duanya, esok. 

“Kita telah menghantar pasukan untuk berunding dan menjelaskan pendirian bahawa Malaysia adalah sebuah negara perdagangan dan bahawa sebarang tarif unilateral akan memberi kesan negatif kepada ekonomi kedua-dua negara dan rantau ini.

“Tetapi kita masih dalam rundingan. Apabila saya bertemu Rubio esok, saya pasti akan membangkitkan beberapa isu ini untuk pertimbangannya, supaya ia boleh dibawa sebelum keputusan muktamad oleh Presiden Donald Trump,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) Ke-58 dan Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Semalam, Trump mengumumkan tarif 25 peratus ke atas barangan Malaysia mulai 1 Ogos, berikutan penangguhan 90 hari dalam pelaksanaan kadar awal sebanyak 24 peratus.

Dalam surat kepada Anwar, Trump berkata, defisit yang dialami AS dengan Malaysia adalah disebabkan oleh halangan tarif dan bukan tarif Malaysia yang telah lama wujud.

Anwar sementara itu berkata, hubungan Malaysia dengan AS perlu dikekalkan.

‘Tentunya hubungan dengan AS harus dikekalkan, tetapi kita juga akan pertahankan pendirian kita bahawa Malaysia ini negara dagang.

“Kita letak seperti pertimbangan, kita sudah kemukakan alasan-alasan dan hujah, dan dia beri sampai bulan Ogos untuk memuktamadkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN