Tajaan RM200,000 bakar semangat skuad ragbi 7s

Tajaan RM200,000 bakar semangat skuad ragbi 7s

PENGARAH Urusan HLYM, Profesor Datuk Dr. Jim Khor(kiri) memberi cek penajaan sebanyak RM200, 000 kepada Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Amir Amri Mohamad pada majlis menandatangani kerjasama KRM–HLYM di Sungai Buloh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Skuad ragbi 7 sebelah(7s) negara menerima penajaan bernilai RM200,000 daripada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dalam menghadapi temasya sukan SEA di Thailand.

Kerjasama itu dilakukan bagi memburu pingat emas di Sukan SEA 2025 di Thailand menerima tonik penting kepada skuad ragbi negara. 

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (MR), Amir Amri Mohamad berkata, suntikan dana itu diyakini mampu memantapkan lagi persiapan pasukan lelaki dan wanita negara yang kini giat menjalani latihan menjelang kejohanan-kejohanan penting peringkat Asia.

Katanya, penajaan itu hadir tepat pada masanya ketika pasukan sedang berdepan pelbagai cabaran dari aspek logistik dan teknikal.

“Dengan bantuan ini, insya-Allah banyak kekurangan dapat diatasi. Kami harap ia membuka laluan kepada lebih banyak syarikat tampil menyokong skuad Bunga Raya,” katanya ketika sidang akhbar majlis menandatangani kerjasama KRM–HLYM di Sungai Buloh, hari ini. 

Tambah Amir, kali terakhir Malaysia mencipta sejarah membanggakan dalam acara ini ialah pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, apabila pasukan lelaki meraih pingat emas manakala skuad wanita menyumbang gangsa.

“Namun saya percaya, dengan kerjasama strategik seperti ini, ia mampu menyuntik semangat baharu buat seluruh pasukan,” ujarnya penuh yakin.

Sementara itu, Pengarah Urusan HLYM, Profesor Datuk Dr. Jim Khor berkata, nilai seperti semangat juang, ketabahan dan kerjasama pasukan amat selari dengan prinsip jenama Yamaha. 

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu keperluan penting pasukan termasuk latihan, pemakanan dan elaun atlet menjelang temasya Sukan SEA,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN