Qinwen tarik diri Terbuka AS akibat pembedahan siku

Qinwen tarik diri Terbuka AS akibat pembedahan siku

ZHENG Qinwen yang kini menghuni ranking keenam dunia mencipta kejutan tahun lalu apabila memenangi pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik Paris serta mara ke final Terbuka Australia 2024 – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Juara Olimpik dari China, Zheng Qinwen menarik diri daripada saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menjalani pembedahan siku kanannya baru-baru ini.

Perkembangan tersebut diumumkan oleh pihak penganjur kejohanan Grand Slam terakhir musim ini, sekali gus menyaksikan satu slot utama kejohanan diambil alih oleh pemain Perancis, Leolia Jeanjean.

Zheng, 22, sebelum ini mendedahkan menerusi satu hantaran di Instagram bahawa beliau mengalami kesakitan berterusan pada siku kanan sejak beberapa bulan lalu, sekali gus menjejaskan prestasinya ketika latihan dan pertandingan.

“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, saya mengalami kesakitan berterusan di siku kanan ketika latihan dan perlawanan.Walaupun mencuba pelbagai rawatan, kesakitan itu tidak  benar-benar hilang.

“Selepas berunding dengan pakar siku dan berbincang dengan pasukan, kami memutuskan bahawa pembedahan arthroskopik adalah pilihan terbaik. 

“Saya telah selamat menjalani prosedur itu semalam dan bersyukur semuanya berjalan lancar.

“Kini bermulalah perjalanan pemulihan saya. Dalam beberapa minggu dan bulan akan datang, saya akan memberi fokus sepenuhnya kepada proses rehabilitasi dan lakukan segala yang termampu untuk kembali lebih kuat dan sihat.

“Ini cuma satu rehat seketika, dan saya anggap ia sebagai langkah penting ke arah versi terbaik diri saya di gelanggang. Terima kasih atas sokongan berterusan. Saya tak sabar untuk kembali jumpa anda semua nanti!” tulisnya.

Zheng yang kini menghuni ranking keenam dunia mencipta kejutan tahun lalu apabila memenangi pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik Paris serta mara ke final Terbuka Australia 2024.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN