PSIS terima 890 pelajar baharu, TVET pilihan utama

PSIS terima 890 pelajar baharu, TVET pilihan utama ibu bapa, pelajar

PSIS
Haslinda Abd Hamid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus membuktikan bahawa TEVT bukan lagi pilihan kedua apabila menerima 890 orang pelajar bagi kemasukan pelajar baharu pada sesi 1 untuk tahun 2025/2026.

Menurut Pengarah PSIS, Haslinda Abd Hamid, bilangan pelajar yang mendaftar  pada hari ini menunjukkan keyakinan ibu bapa dan pelajar terhadap sistem pendidikan politeknik yang berteraskan kemahiran serta bersifat holistik.

”Ini menjadi bukti jelas bahawa TVET bukan lagi dianggap sebagai pilihan kedua, malah kini semakin diyakini oleh masyarakat sebagai laluan kerjaya yang menjamin masa depan”

”Pendidikan TVET juga hari ini terbukti mampu melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir, tetapi juga memiliki nilai tambah yang tinggi, sekali gus memenuhi keperluan industri dan pasaran kerja”, katanya.

Tambahnya, pada 7 Julai 2025 yang lalu, PSIS buat julung-julung kalinya menerima kemasukan pelajar Asasi Teknologi Kejuruteraan ke kampus ini.

Proses pendaftaran pelajar baharu yang berlangsung hari ini di kampus PSIS telah  berjalan dengan lancar dan tersusun. Barisan pengurusan tertinggi dan Ketua-Ketua Jabatan Akademik, turut hadir menyambut kehadiran ibu bapa dan pelajar serta mengadakan sesi taklimat Ibu bapa dan soal jawab berkaitan hal ehwal akademik, kebajikan dan kemudahan pelajar.

Rata-rata ibu bapa yang ditemui pada hari pendaftaran tersebut berasa bersyukur kerana anak mereka ditawarkan ke PSIS.

PSIS adalah institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang terbuka kepada individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang memenuhi syarat-syarat tertentu dan terbuka kepada semua tanpa peringkat umur yang menawarkan 10 program Diplomadan 1 program Asasi Teknologi Kejuruteraan berdasarkan permintaan industri keperluan semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN