EAST RUTHERFORD: Paris Saint-Germain (PSG) membuktikan status juara Eropah apabila mudah mengetepikan cabaran Real Madrid di separuh akhir Piala Dunia Kelab dengan kemenangan besar 4-0 sekali gus mara ke perlawanan akhir.
Pada aksi di Stadium MetLife, PSG hanya memerlukan tempoh 10 minit untuk merobek gawang Real dikawal oleh Thibaut Courtois sebanyak dua kali.
Pemain tengah, Fabian Ruiz terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit keenam sebelum Ousmane Dembele melebarkan kedudukan kepada 2-0, tiga kemudian.
Ruiz sekali lagi menemui sentuhan penyudah pada minit ke-24 selepas menyudahkan hantaran lintang Achraf Hakimi.
Pemain gantian, Goncalo Ramos memastikan pesta gol PSG apabila meledak gol keempat menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti pada minit ke-87.
Keputusan itu menyaksikan PSG bakal menentang Chelsea pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada