Situasi Mbappe resahkan Real

Situasi Mbappe resahkan Real

Kylian Mbappe menyertai latihan Real Madrid, semalam menjelang perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Manchester City, esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Real Madrid dijangka bergelut untuk menumpaskan Manchester City pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah selepas beberapa tonggak utamanya berdepan kecederaan.

Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi esok, Real kehilangan khidmat pemain pertahanan kental, Alvaro Carreras yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.

Pada masa sama, penyerang bintang Los Blancos, Kylian Mbappe, tidak menjalani latihan bersama rakan sepasukan semalam kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan lutut.

Mbappe yang juga penjaring terbanyak Real musim ini dijangka tidak diturunkan ketika menentang pasukan kendalian Pep Guardiola kerana masalah lutut yang dialaminya sejak Disember lalu.

Dalam kenyataan rasmi semalam, Real memaklumkan Carreras mengalami kecederaan otot betis kanan dan memerlukan masa untuk pulih.

“Carreras didapati mengalami kecederaan otot pada bahagian betis kaki kanan,” menurut kenyataan kelab itu, tanpa menyatakan tempoh sebenar pemain berkenaan akan berehat.

Real turut berdepan beberapa lagi masalah kecederaan menjelang perlawanan penting itu dengan Jude Bellingham, Eder Militao, Rodrygo Goes, Dani Ceballos dan David Alaba juga masih menjalani pemulihan.

Namun, kebimbangan terbesar buat Real ialah kemungkinan ketiadaan Mbappe kerana masih belum ada garis masa jelas berkenaan tarikh kepulangannya ke padang.

Menurut laporan media Sepanyol, kapten Perancis itu mensasarkan untuk kembali beraksi pada perlawanan timbal balik minggu depan.

Mbappe terlepas tiga perlawanan terakhir Real dan baru-baru ini dilaporkan pergi ke Paris bagi menjalani ujian serta rawatan lanjut terhadap kecederaan lututnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN