Penalti tidak halang Johnathan raih gangsa

Penalti tidak halang Johnathan raih gangsa

JOHNATHAN Wong merangkul pingat gangsa dalam acara 10 meter Air Pistol Lelaki di Kejohanan MASPED Shooting Cup IV 2025 di Hungary Kelmarin-IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penalti dua mata tidak menghalang penembak negara, Johnathan Wong meraih gangsa dalam acara 10 meter Air Pistol Lelaki di Kejohanan MASPED Shooting Cup IV 2025.

Pingat emas acara itu dirangkul penembak Uzbekistan, Vladimir Schevnikov, manakala wakil Arab Saudi, Al Anazi Atallah memenangi perak dengan kelebihan tipis 0.2 mata mengatasi Johnathan.

Jurulatih kebangsaan, Mohamad Firdaus Abd Rahim,berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi Johnathan yang bertarung habis-habisan walaupun bermula dengan penuh kontroversi.

“Johnathan dikenakan kad hijau dan potongan dua mata sebelum final bermula atas alasan lewat melapor diri, sedangkan kami sudah berada dalam kawasan pelaporan.

“Mungkin berlaku salah faham daripada pihak juri yang tidak menyedari kehadiran kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Mohamad Firdaus, dua wakil dari Asia turut dikenakan tindakan sama iaitu Indonesia dan Uzbekistan, yang menimbulkan persoalan tentang layanan tidak adil terhadap peserta Asia dalam kejohanan yang berlangsung di Eropah itu.

“Johnathan bermula dari kedudukan kelapan selepas lima tembakan pertama, tetapi bangkit dengan prestasi menakjubkan hingga melonjak ke tempat kedua selepas pusingan kedua,” katanya.

Dalam pusingan penyingkiran, Johnathan menunjukkan ketenangan tinggi dengan beberapa tembakan cemerlang mencecah purata 10.5 mata, namun kesilapan kecil dengan tembakan bernilai 8 mata menyebabkan beliau tergelincir ke tangga keenam.

“Daripada kedudukan itu, Johnathan bangkit semula dan berjaya mengatasi dua penembak Eropah untuk berada di tempat ketiga.

“Bezanya amat kecil hanya 0.2 mata memisahkan tempat pertama hingga ketiga.Sebagai jurulatih, saya bukan sekadar bangga, tetapi benar-benar terharu melihat semangat juangnya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN