Martin ‘kembali jatuh cinta’, kekal bersama Aprilia musim depan

Martin ‘kembali jatuh cinta’, kekal bersama Aprilia musim depan

JORGE Martin sah untuk tinggal bersama Aprilia bagi musim 2026 selepas berhasrat mengaktifkan klausa pelepasan kontrak, bulan lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRNO: Juara dunia MotoGP, Jorge Martin akhirnya memutuskan untuk kekal bersama pasukan Aprilia bagi musim 2026 sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.

Pelumba Sepanyol berusia 27 tahun itu sebelum ini berhasrat mengaktifkan klausa pelepasan kontrak, namun mula ragu-ragu selepas mengalami kecederaan serius.

“Dalam hidup kita perlu buat keputusan, dan kini keputusan saya ialah kekal di Aprilia untuk satu musim lagi,” kata Martin.

Martin terlepas tiga perlumbaan pertama musim ini selepas dua kemalangan pra-musim, sebelum kembali beraksi di Qatar pada April tetapi terjatuh dan mengalami 11 tulang rusuk patah.

Dia mengakui walaupun pernah bertelagah dengan Aprilia, pasukan itu banyak membantunya untuk kekal berada dalam tempat yang selamat.

“Saya bukan bodoh, saya nampak potensi besar bila kami bersama dan saya bersedia untuk apa yang bakal tiba.

“Hubungan ini seperti roller coaster – kita jatuh cinta, bergaduh, tapi kalau masih sayang, kita akan usaha kekal bersama dan capai matlamat,” katanya.

Dalam pada itu, Martin tidak sabar untuk kembali berlumba, namun sedar perlu bersabar kerana sudah ketinggalan lebih 6,000 kilometer sejak kali terakhir beraksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN