Agar-agar kering bunga mawar dapat sambutan sempena raya

Agar-agar kering bunga mawar dapat sambutan sempena raya

SHARIFAH Marzety Adibah Al Sayed Mohamad menyiapkan agar-agar kering bunga mawar yang ditempah pelanggan di Kampung Tanjung Aur, Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu semalam. – UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kuih agar-agar kering diperbuat daripada air bunga mawar yang menawarkan kelainan mendapat sambutan di luar jangkaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pemilik Taman Zety Rose di Kampung Tanjung Aur di sini, Dr. Sharifah Marzety Adibah Al Sayed Mohamad ,47, berkata, dia yang mengusahakan agar-agar kering air mawar sejak dua tahun lalu kini tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan dari seluruh negara.

Katanya, sejak jualan pokok bunga mawar merudum disebabkan kesukaran membawa bekalan bunga mawar dari negeri jiran, dia dan suaminya, Engku Hassan Engku Wok Zin mencari alternatif produk berasaskan bunga mawar.

“Dari situ timbul idea untuk membuat agar-agar kering bunga mawar. Beberapa minggu sebelum Ramadan, saya sudah menyiapkan kira- kira 50 kilogram ( kg) air mawar yang direbus.

“Tempahan pula saya buka tiga minggu sebelum Ramadan. Tak sangka saya terima tempahan kira-kira 5,000 balang. Setakat ini saya baru siapkan 2,500 balang dengan dibantu 15 pekerja,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.

Ibu kepada lima cahayamata itu berkata, agar-agar kering tersebut mempunyai aroma yang wangi dibentuk menggunakan berbentuk acuan bunga mawar.

“Agar-agar kering suatu ketika dulu menjadi salah satu manisan pada hari raya. Jadi dengan sumber bunga mawar yang kita ada, ia sangat tepat untuk kita hasilkan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×