Martin bakal kembali beraksi di GP Czech

Martin bakal kembali beraksi di GP Czech

JORGE Martin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISANO: Juara dunia bertahan, Jorge Martin bakal membuat kemunculan semula dalam saingan MotoGP apabila dia menunggang Aprilia RS-GP25 buat kali pertama sejak perlumbaan di Qatar dalam ujian peribadi di Misano, kelmarin. 

Martin, terlepas semua perlumbaan grand prix (GP) kecuali di Lusail akibat kecederaan, melengkapkan 64 pusingan dan turut mengesahkan dia berhasrat untuk bertanding dalam GP Czech minggu hadapan di Brno.

“Saya sangat gembira berada di sini. Ia merupakan perjalanan yang sukar. Akhirnya, selepas lebih tiga bulan saya kembali menunggang motosikal MotoGP, jadi saya amat gembira. 

“Sayang sekali saya cedera berkali-kali sehingga tak dapat lalui musim penuh tetapi kini saya sudah kembali. Itu yang paling penting,” kata Martin.

Aprilia turut mengesahkan bahawa Martin akan berlepas ke Brno untuk menyertai GP Czechia selepas menjalani pemeriksaan perubatan rasmi.

Martin mengalami beberapa siri kecederaan yang amat mencabar sejak menyertai Aprilia dari Pramac Ducati apabila dia menjadi pelumba bebas pertama yang menjuarai kejuaraan MotoGP.

Pelumba Sepanyol itu terlepas semua ujian pramusim akibat kecederaan pergelangan tangan dan tangan di Sepang, kemudian patah tulang dalam kemalangan Supermoto sejurus sebelum pembukaan musim di Thailand.

Penampilan tunggalnya dalam perlumbaan GP setakat ini adalah di Lusail selepas dia terjatuh dan dilanggar oleh Fabio di Giannantonio, menyebabkan tulang rusuknya patah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN