Marquez kuasai GP Jerman

Marquez kuasai GP Jerman

PELUMBA Ducati, Marc Marquez bersama trofi kemenangannya selepas memenangi Grand Prix Jerman, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sachsenring, JERMAN: Pelumba Ducati, Marc Marquez mengakui tahap keyakinannya semakin memuncak apabila dia melebarkan kejuaraan dunia selepas memenangi perlumbaan MotoGP Jerman yang mencabar semalam.

mencatat kemenangan dalam perlumbaan MotoGP Jerman yang mencabar pada Ahad, menandakan permulaan ke-200 dalam kelas utama dengan bergaya serta melebarkan kedudukan beliau dalam kejuaraan dunia.

Adiknya, Alex Marquez menamatkan saingan di tempat kedua manakala Francesco Bagnaia di tempat ketiga dalam perlumbaan yang hanya disudahi oleh 10 pelumba, jumlah penamat terendah dalam MotoGP sejak 2011.

Memulakan perlumbaan di petak pertama, Marc tidak pernah dicabar dan menamatkan saingan dengan kelebihan lebih enam saat menjadikan hujung minggu sempurna ketujuh bagi musim 2025 selepas dia turut memenangi perlumbaan pecut pada Sabtu lalu.

Pada pertengahan musim daripada 22 perlumbaan, Marc kini mendahului adiknya, Alex dengan 83 mata dalam kedudukan pelumba manakala rakan sepasukan dari Ducati, Bagnaia ketinggalan 147 mata.

“Keyakinan saya sangat tinggi sekarang selepas datang ke sini dengan tiga kemenangan berturut-turut, dan kini menjadi empat. Saya perlu betul-betul fokus untuk separuh kedua musim ini,” kata Marquez dengan penuh semangat.

Itu merupakan kemenangan perlumbaan ketujuh musim ini dan keempat berturut-turut sekaligus mengukuhkan cengkamannya terhadap gelaran juara dunia MotoGP ketujuh serta yang pertama sejak 2019, bakal menyamai rekod dengan legenda Valentino Rossi.

Sebagai rekod, kali terakhir hanya 10 pelumba menamatkan perlumbaan MotoGP adalah di Australia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN