Laluan bas ke SK, SMK Sungai Baging dikembalikan

Laluan bas ke SK, SMK Sungai Baging dikembalikan

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu laluan bas yang membelenggu pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging, Kuantan akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila laluan C64 dipersetujui untuk dikembalikan melalui hadapan sekolah berkenaan.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, keputusan tersebut dicapai selepas Kementerian Pengangkutan bersetuju melakukan perubahan laluan demi menjaga kebajikan pelajar terlibat.

“Bagi menyelesaikan kemelut ini, saya telah berhubung terus dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan bagi menangani isu berkenaan.

“Alhamdulillah, pihak kementerian telah bersetuju mengubah laluan C64 agar bas kembali melalui hadapan SMK Sungai Baging,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Menurut beliau, sebelum ini pelajar terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 800 meter, sekali gus menimbulkan kebimbangan aspek keselamatan dalam kalangan ibu bapa.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kerjasama erat antara Kementerian Pengangkutan, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Sanwa Tours (M) Sdn. Bhd. dalam memastikan isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

“Usaha berkenaan diharap dapat memastikan kebajikan pelajar di kawasan Indera Mahkota terus terpelihara selain menjamin akses pendidikan yang lebih selamat dan mudah kepada murid serta pelajar di kedua-dua sekolah berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN