Mana bukti ada 20 tan sampah? - Ahmad Fadhli

Mana bukti ada 20 tan sampah? – Ahmad Fadhli

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari membidas dakwaan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kononnya hampir 20 metrik tan sampah ditinggalkan selepas Himpunan Turun Anwar yang diadakan di ibu negara, semalam.

Menurut beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak logik malah tidak disertakan dengan sebarang bukti kukuh seperti gambar atau laporan rasmi.

“Kalau betul ada 20 tan sampah yang ditinggalkan merata-rata, mari kita kira secara logik. Andaikan hanya satu daripada tiga peserta yang membuang sampah dan setiap seorang daripadanya menghasilkan kira-kira 300 gram sampah, maka jumlah keseluruhan peserta perlu lebih 200,000 orang.

“Sedangkan pihak polis sendiri anggarkan hanya 18,000 orang hadir. Maka siapa yang melebih-lebih dalam isu ini? Atau sebenarnya sampah yang dimaksudkan itu ialah kenyataan beliau sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli mencabar Kor Ming untuk mengemukakan bukti bergambar atau laporan sahih daripada pihak berkuasa tempatan mengenai jumlah sampah yang dikatakan dikutip selepas himpunan itu.

“Jangan hanya bercakap kosong di media sosial. Jika benar ada 20 tan sampah ditinggalkan merata-rata, tunjukkan kepada rakyat gambar-gambar lokasi yang terjejas teruk. Rakyat berhak tahu fakta sebenar,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Kor Ming menerusi hantaran di platform X mendakwa peserta perhimpunan anjuran Perikatan Nasional (PN) telah membuang hampir 20 tan sampah sehingga memaksa petugas kebersihan bekerja sehingga lewat malam bagi membersihkan kawasan sekitar Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN