KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari membidas dakwaan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kononnya hampir 20 metrik tan sampah ditinggalkan selepas Himpunan Turun Anwar yang diadakan di ibu negara, semalam. Menurut beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak logik malah tidak disertakan dengan sebarang bukti kukuh seperti gambar atau laporan rasmi. “Kalau betul ada 20 tan sampah yang ditinggalkan merata-rata, mari kita kira secara logik.…










