PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukan lebih RM356 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, bagi memperkasa komuniti India melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, peruntukan itu yang disalurkan melalui pelbagai program pembiayaan dan pembangunan keusahawanan telah memberi manfaat kepada hampir 9,000 usahawan India di seluruh negara. Beliau berkata, inisiatif itu turut direalisasikan dengan kerjasama agensi seperti TEKUN Nasional, Amanah…