KPT terus pantau lima pelajar Malaysia di Iran - Zambry

KPT terus pantau lima pelajar Malaysia di Iran – Zambry

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Kementerian Pendididkan Tinggi (KPT) akan terus memantau lima pelajar dari Malaysia yang masih berada di Iran untuk meneruskan pengajian.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pihak kerajaan juga telah memberi ruang dan menyatakan hasrat untuk membantu mereka sekiranya mahu pulang ke tanah air.

Menurutnya, lima pelajar berkenaan sudah berkeluarga dan mereka memilih untuk menghabiskan pengajian mereka.

“Ada pelajar yang enggan pulang sebab ingin meneruskan pengajian dan pihak kerajaan telah beri ruang serta menyatakan hasrat untuk bantu mereka jika mahu pulang.

“Bagaimanapun, kita juga akan terus sentiasa memantau walau dimana sahaja mereka berada demi keselamatan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,hanya lima rakyat Malaysia masih berada di Iran kerana pilihan sendiri.

Kesemua mereka telah menandatangani surat aku janji untuk kekal di Iran meskipun sebelum ini kerajaan menggesa supaya kesemua rakyat yang berada di sana meninggalkan negara terbabit berikutan konflik yang semakin meruncing.

Pada 23 Jun lepas, seramai 24 individu termasuk rakyat Malaysia yang berada di Iran selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines melalui penerbangan MH781.

Daripada jumlah berkenaan, 17 daripadanya merupakan warga tempatan, enam warga Iran yang merupakan tanggungan kepada warga Malaysia dan seorang rakyat Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN