Jangan terpedaya kenyataan palsu libatkan Agong

Jangan terpedaya kenyataan palsu libatkan Agong

HANTARAN palsu melibatkan Sultan Ibrahim yang tular di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenyataan yang sedang tular di media sosial menggunakan nama dan gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim adalah palsu.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) berkata, pihaknya telah mengesan penyebaran kenyataan palsu itu yang dimuat naik bersama gambar rasmi baginda di beberapa platform media sosial oleh akaun tidak sah.

“Royal Press Office ingin menegaskan kenyataan dipaparkan di dalam imej berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihak Istana Negara atau mana-mana saluran rasmi Keluarga Diraja Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang disebarkan melalui akaun-akaun palsu.

“Sebarang maklumat rasmi berkaitan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi seperti Istana Negara atau Royal Press Office.

“Orang ramai turut digesa melaporkan kandungan palsu atau berniat jahat kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga keharmonian negara,” tambah kenyataan itu lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN