Jabeur 'bersara' seketika

Jabeur ‘bersara’ seketika

ONS Jabeur mengambil keputusan untuk meninggalkan gelanggang seketika selepas tidak lagi berasa gembira bermain tenis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bekas pemain No.2 dunia, Ons Jabeur mengumumkan berehat seketika daripada sukan tenis selepas mengakui tidak lagi berasa gembira di gelanggang.

Bintang Tunisia berusia 30 tahun itu berkata sudah tiba masanya dia ambil langkah ke belakang dan utamakan diri sendiri, untuk bernafas, sembuh dan cari semula kegembiraan hidup.

“Untuk dua tahun lepas, saya terlalu memaksa diri, berjuang dengan kecederaan dan pelbagai cabaran.

“Namun, jauh di sudut hati saya tidak rasa benar-benar bahagia,” kata Jabeur.

Jabeur, kini ranking ke-71 dunia, terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama Wimbledon bulan lalu, selepas tewas di pusingan awal Terbuka Perancis.

“Saya tak jangka akan rasa tak selesa, saya berlatih dengan baik sebelum itu,”

“Saya sangat sedih, ini tak membantu langsung dari segi keyakinan diri,” kata finalis tiga Grand Slam itu.

Selepas tewas di Roland Garros, Jabeur pernah menyuarakan tekanan hebat yang dihadapi oleh pemain tenis profesional.

“Kami selalu rasa bersalah, tekanan daripada penaja, ranking dan keperluan menyara keluarga. Ianya satu sukan yang sangat sukar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN