Eksport E&E Malaysia cecah RM600 bilion, sasar RM1 trilion menjelang 2030

Eksport E&E Malaysia cecah RM600 bilion, sasar RM1 trilion menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:Malaysia kini berada di kedudukan keenam terbesar dunia sebagai pengeksport semikonduktor, menyumbang lebih RM600 bilion kepada nilai eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, momentum itu akan diperkukuh melalui pelaksanaan projek Flagship Industri Semikonduktor High Value-High Technology yang menyasarkan nilai eksport E&E mencecah RM1 trilion menjelang 2030.

“Strategi Semikonduktor Nasional memberi tumpuan kepada pembangunan reka bentuk litar bersepadu, peralatan pembuatan, pembungkusan termaju dan proses hadapan (front-end),” katanya.

Menurut beliau, kerjasama strategik bernilai AS$250 juta dengan ARM Holdings bakal mengubah peranan Malaysia daripada hab pengeluaran kepada peneraju semikonduktor bernilai tinggi menerusi pengukuhan harta intelek.

Sinergi bersama syarikat global seperti Amazon Web Services, Intel dan Infineon Technologies juga diperkasa bagi mempercepatkan transformasi industri ke arah pengeluaran produk lebih kompleks dan bernilai tinggi.

“Kerjasama ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap keupayaan Malaysia dalam rantaian nilai global industri semikonduktor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN