RMK-13: Satu juta rumah mampu milik dibina dalam 10 tahun

RMK-13: Satu juta rumah mampu milik dibina dalam 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan pembinaan sebanyak satu juta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun bermula 2026 hingga 2035 bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat mendiami kediaman yang selesa dan selamat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran tersebut akan dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif sedia ada seperti Program Residensi Madani, Program Perumahan Penjawat Awam, Program Bantuan Bina Baharu Rumah serta Program Perumahan Mampu Milik yang digerakkan oleh kerajaan negeri dan pemaju swasta.

Katanya, Skim Jaminan Kredit Perumahan juga akan diperluas bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat, termasuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, untuk memiliki rumah sendiri.

“Peralihan kepada penggunaan teknologi seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Pengurusan Bersepadu Bangunan (BIM) pula akan mempercepatkan pelaksanaan projek serta membantu mengurangkan kos pembinaan termasuk bagi projek perumahan awam,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN