Dua beradik selamat, rumah runtuh ketika tidur

Dua beradik selamat, rumah runtuh ketika tidur

KEADAAN rumah atas air yang runtuh di Kampung Seberang Masjid Lama, Awat-Awat, Lawas pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAWAS: Dua beradik selamat dalam kejadian rumah atas air yang runtuh di Kampung Seberang Masjid Lama, Awat-Awat di sini pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.02 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi yang terletak sejauh 39 kilometer dari balai.

“Setiba di lokasi mendapati kejadian melibatkan sebuah rumah telah runtuh sepenuhnya.

“Dua beradik lelaki yang berada di dalam rumah tersebut berjaya keluar sendiri dari rumah sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang berusia 12 dan 18 tahun sedang tidur manakala penghuni lain rumah berkenaan tiada di rumah.

Susulan itu, katanya pasukan bomba hanya memeriksa dan memberi rawatan awal kepada kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN