Bina Balai Bomba Chiku keperluan mendesak

Bina Balai Bomba Chiku keperluan mendesak

FARHAN Sufyan Borhan (tengah) bersama barisan pemain Kontinjen Pasukan Bomba Kelantan Sempena Perhimpunan Bulan JBPM di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan di Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chiku, Gua Musang, dekat sini dilihat sebagai keperluan mendesak dalam mengurangkan respon masa untuk sampai ke lokasi sekiranya berlaku kemalangan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, jarak BBP Gua Musang dan Kuala Krai dengan Chiku adalah sejauh 117 kilometer.

Katanya, situasi itu menyebabkan pasukan bomba mengambil masa yang lama untuk sampai lokasi tersebut.

“Sebelum ini, kita (JBPM Kelantan) sudah mengangkat permohonan kepada pucuk pimpinan tertinggi JBPM dan terbaharu pada tahun ini. Besar harapan JBPM Kelantan supaya kerajaan Persekutuan dapat meluluskan pembinaan BBP Chiku pada tahun hadapan dan pihak tertinggi pasukan sudah memberi sokongan.

“Walaupun penduduk di kawasan Ciku dan sekitar tidak padat serta risiko rendah, tetapi pembinaan BBP itu satu keperluan dalam mengurangkan risiko seperti kemalangan, kebakaran, kecelakaan atau lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar Sempena Perhimpunan Bulan JBPM di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan di Tunjung, di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, JBPM Kelantan menyerahkan jentera terpakai kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) sebagai responden pertama untuk tiba ke lokasi kejadian sekiranya berlaku kecemasan.

Beliau berkata, penyerahan itu dilakukan secara beperingkat-peringkat kepada PBS di seluruh negeri.

“Setakat ini PBS Bertam (Gua Musang), Guchil (Kuala Krai), Rong Chenok (Pasir Mas), Kota Jembal (Kota Bharu), Pasir Puteh, Machang, Gua Musang, Jeli dan Pengkalan Chepa telah menerima jentera itu. Kita ada 20 pasukan bomba sukarela yang aktif di seluruh negeri melibatkan 61 anggota,” katanya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN