Bagnaia mohon maaf pada Ducati

Bagnaia mohon maaf pada Ducati

FRANCESCO BAGNAIA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASSEN: Juara Dunia MotoGP dua kali, Francesco Bagnaia mengakui dia telah memohon maaf kepada pasukannya Ducati di atas caranya menangani masalah jentera GP26 yang dihadapinya pada permulaan musim ini.

Sepanjang bahagian pertama musim ini, Bagnaia bergelut dengan rasa depan pada versi 2025 jentera Desmosedici GP dan telah mencuba pelbagai pelarasan teknikal pada motosikal tersebut untuk cuba mendapatkan semula keyakinan seperti yang diberikan oleh GP24 musim lalu.

Namun, Bagnaia berkata dia telah memohon maaf kepada pasukannya di Assen sambil menyatakan bahawa dia mahu berubah dalam pendekatan menghadapi hujung minggu perlumbaan mulai sekarang untuk musim 2025.

“Saya telah mengadakan satu pertemuan kecil dengan pasukan saya, dengan jurutera-jurutera dan saya hanya memohon maaf kerana saya mahu berubah. Saya mahu lebih mengikut arah pasukan kerana setakat ini hanya sedikit perkara yang menyelesaikan masalah.

“Saya mahu melakukan lebih banyak pusingan, lebih bersedia untuk perlumbaan. Musim ini sangat rumit, jadi kita perlukan satu perubahan dan adalah penting untuk memahami perkara itu.

“Selepas setiap sesi, apabila saya kembali ke kotak pasukan, saya mahu kenal pasti satu masalah sahaja dan fokus menyelesaikannya tanpa menyulitkan perkara yang sudah pun rumit.

“Saya sentiasa sangat sensitif dan jika saya tidak suka sesuatu pada motosikal, saya akan perasan dari selekoh pertama tapi itu tidak membantu jika saya hanya buat satu atau dua pusingan.

“Jadi, ini akan menjadi sukar bagi saya, tapi saya akan cuba lakukan lebih banyak pusingan, walaupun kadang-kadang lebih perlahan” kata Bagnaia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN