Asyraff Haiqal raih gangsa kategori 68kg

Asyraff Haiqal raih gangsa kategori 68kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet remaja taekwondo negara, Muhd Asyraff Haiqal Novlis menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara pada Kejohanan Taekwondo Kadet dan Remaja Asia 2025.

Pingat emas dalam kategori 68 kilogram (kg) itu dimenangi oleh atlet Korea Selatan, Lee Jun Hyuk, manakala pingat perak menjadi milik Kajarroen Anantasin dari Thailand.

Kejohanan Taekwondo Kadet dan Remaja Asia 2025 berlangsung di Kuching, Sarawak bermula 24 Julai lalu sehingga Khamis ini yang menjadi platform melahirkan atlet bertaraf dunia.

Menurut Presiden Taekwondo Malaysia (TM), Azizul Annuar Adenan, kejohanan berkenaan telah berjaya menarik penyertaan kira-kira 1,300 peserta dari 44 negara, termasuk China.

“Pihak kami berbesar hati apabila diberi penghormatan menganjurkan kejohanan ini selepas kali terakhir menjadi tuan rumah acara ini pada 1992,” katanya yang juga Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak.

Menurut Azizul Annuar, kejohanan berkenaan mencetuskan keghairahan dan persaingan sengit dalam kalangan peserta, sekali gus meningkatkan semangat daya saing dalam kalangan atlet muda.

Azizul Annur yang juga merupakan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, Selain kejohanan itu, TM juga bakal menganjurkan lima lagin kejohanan besar tahun ini.

Kejohanan itu ialah Kejohanan Taekwondo Kyorugi Remaja Asia ke-13 2025, Kejohanan Poomsae Taekwondo Remaja Asia ke-8 2025, Kejohanan Taekwondo Kadet Asia ke-6 Kyorugi 2025, Kejohanan Taekwondo Kadet Asia ke-6 Poomsae 2025 dan Kejohanan Taekwondo Para Asia ke-10 2025.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN