Ancelotti didenda RM1.92 juta sebab culas bayar cukai

Ancelotti didenda RM1.92 juta sebab culas bayar cukai

Carlo Ancelotti
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Carlo Ancelotti telah dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh makamah di Sepanyol apabila didapati bersalah atas kesalahan penipuan cukai pada tahun 2014.

Pendakwa raya mendakwa bekas pengurus Real Madrid yang kini bersama skuad kebangsaan Brazil, menggunakan rangkaian syarikat luar pesisir untuk menyembunyikan pendapatan tambahan melalui hak imej semasa musim pertamanya bersama kelab gergasi La Liga itu pada 2014 dan 2015.

Ancelotti yang dianggap antara pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak dunia, dikatakan gagal mengisytiharkan pendapatan lebih satu juta euro (RM4.97 juta), dan pihak pendakwaan sebelum ini menuntut hukuman penjara empat tahun sembilan bulan terhadapnya.

Dalam perbicaraan yang berlangsung April lalu, pengurus berusia 66 tahun itu, menafikan sengaja melakukan penipuan dan mendakwa beliau tidak mengetahui bahawa menerima sebahagian gaji melalui hak imej boleh mengakibatkan pengurangan cukai yang tidak sah.

Mahkamah Madrid dalam keputusannya menyatakan Ancelotti disabitkan kesalahan ‘terhadap perbendaharaan negara’ dan dikenakan hukuman penjara satu tahun serta denda sebanyak 386,361 euro (sekitar RM1.92 juta).

Namun begitu, memandangkan hukuman itu di bawah dua tahun dan Ancelotti tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, beliau tidak akan dipenjarakan seperti mana diperuntukkan oleh undang-undang Sepanyol.

Mahkamah turut membebaskan Ancelotti daripada pertuduhan bagi tahun taksiran 2015, apabila gagal dibuktikan bahawa beliau masih menetap di Sepanyol ketika itu.

Pengurus kelahiran Itali itu, berpindah ke London selepas kontraknya bersama Real Madrid ditamatkan pada Mei 2015.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN