Ahmad Zahid ikrar perjuang keadilan untuk Najib

Ahmad Zahid ikrar perjuang keadilan untuk Najib

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya memperjuangkan keadilan bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendapatkan mandat daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 26 hingga 29 November ini.

Beliau turut akan melakukan sesuatu bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan terhadap sosok yang dianggapnya paling rapat selepas isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pertikaikan tentang hal Datuk Najib (Najib Razak) apahal? Siapa yang paling rapat dengan Datuk Najib selain Datin Rosmah (Rosmah)? Bekas setiausaha politik dia (beliau). Ini (saya) setiausaha politik pertama Datuk Najib selepas menjadi Menteri Besar Pahang dan jadi Menteri Belia dan Sukan. Bila tarikhnya? 1 Oktober 1987.

“Orang ini (saya) kenang jasalah. Orang ini akan pertahankan Datuk Najib, insya-Allah. Tetapi, janganlah tanya lebih-lebih apa yang saya hendak buat, saya tahulah apa yang saya hendak buat. Percayakan saya, insya-Allah.

“Saya jumpa dengan siapa, bincang dengan siapa, memohon dengan siapa, insya-Allah. Apabila PAU memberikan mandat kepada saya untuk mempertahankan Datuk Najib, pasti saya akan lakukan,” katanya ketika berucap pada Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, UMNO tetap berjuang untuk mendapatkan keadilan terhadap Najib Razak.

Ahmad Zahid berkata, memperjuangkan nasib Najib yang dianiaya dengan sistem keadilan yang tidak memihak kepada bekas Presiden UMNO itu merupakan tunjang perjuangan parti.

Malah, beliau menegaskan tidak akan tunduk dengan tekanan supaya UMNO dibubarkan walaupun sebelum ini pernah berdepan 87 pertuduhan berkaitan rasuah di mahkamah.

“Dr. Mahathir (bekas Perdana Menteri Tun. Dr. Mahathir Mohamad) suruh saya bubarkan UMNO pun, dituduh 87 (pertuduhan) tak takutlah, tak larilah. Bukan kerana kipas bukan kerana tekanan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN