‘Biarlah mereka selesaikan masalah sendiri’

‘Biarlah mereka selesaikan masalah sendiri’

AHMAD Zahid Hamidi sewaktu mengadakan lawatan bersama dengan Ameer Ali Mydin sempena Program Pelancaran Kempen Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal di Mydin Hypermarket, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas mengenai dakwaan pemecatan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dengan menegaskan perkara itu adalah urusan dalaman parti berkenaan.

Presiden UMNO itu berkata, isu pemecatan pemimpin dalam sesebuah parti politik wajar diselesaikan secara dalaman tanpa campur tangan pihak luar.

“Saya tidak mahu campur dalam hal ehwal parti lainlah. Jadi biarlah mereka selesaikan sendiri dan kita jaga kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pelancaran Kempen Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal di Mydin Hypermarket, hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, satu pertemuan khas melibatkan Ahli Parlimen, Senator dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu dijangka berlangsung malam ini bagi membincangkan kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Presiden.

Menurut sumber, pertemuan itu bertujuan memberi penjelasan mengenai perkembangan dalaman partı termasuk memorandum yang dikemukakan oleh beberapa bahagian berhubung kedudukan Hamzah.

Kata seorang pemimpin Bersatu, kira-kira 90 pemimpin yang terdiri daripada semua wakil rakyat Bersatu dijangka berhimpun di kediaman Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan berkenaan.

Dalam pada itu, seorang ADUN Bersatu mengesahkan pertemuan tersebut, namun beliau menepis kononnya ia bertujuan untuk membincangkan kedudukan Hamzah.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberitahu, desas-desus tersebut timbul susulan desakan terhadap beberapa ketua bahagian oleh pimpinan tertentu dalam parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN