Lebih 2,500 murid terima manfaat komputer riba sumbangan OCBC

Lebih 2,500 murid terima manfaat komputer riba sumbangan OCBC

SEBAHAGIAN daripada wakil murid serta pelajar daripada empat buah sekolah di Pulau Pinang ketika menerima sumbangan komputer riba percuma daripada OCBC Bank di bawah program #OCBCCares,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH 2,500 murid dan pelajar daripada empat buah sekolah di Pulau Pinang bakal mendapat manfaat daripada sumbangan komputer riba serta latihan celik kecerdasan buatan (AI) dan kemahiran digital dalam inisiatif yang dilaksanakan oleh OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) menerusi cawangannya di Pulau Pinang.

Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lanchang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Georgetown, Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra dan Kolej Vokasional (KV) Batu Lancang.

Menurut Pengetua KV Batu Lancang, Nazhar Kader Bawa B.C.N., sumbangan daripada OCBC Bank dianggap tepat pada masanya kerana ia boleh membantu meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

“Teknologi AI (kecerdasan buatan) dan kelengkapan terkini sememangnya amat penting untuk membantu murid-murid meningkatkan kemahiran digital mereka demi masa depan kerana kemahiran yang diperoleh ini mempunyai permintaan yang tinggi dalam dunia kerjaya,” katanya.

Hadir sama pada program tersebut ialah penyelaras program yang juga merupakan salah seorang daripada tenaga pengajar di KV Batu Lanchang, Dr. Oh Zi Jian dan Presiden Junior Chamber International (JCI) Bayan, Royce Goh.

Terdahulu, Pengurus Kanan OCBC Bank Cawangan Pulau Pinang merangkap pengurus kelompok kawasan utara bank itu, Chea Hak Tee berkata, pihaknya turun padang untuk bertemu sendiri dengan masyarakat termasuk sekolah bagi menilai keperluan mereka dan cuba untuk memenuhi keperluan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN